INSTITUT USAHAWAN ISLAM (IUI)
Institut Usahawan Islam (IUI) adalah sebuah institut
yang menyediakan perkhidmatan perundingan dan pendidikan serta latihan dan
kursus keusahawanan untuk golongan usahawan Islam dan mereka yang berminat
menceburi bidang perniagaan, perkhidmatan, perdagangan dan perindustrian.
MATLAMAT
Matlamat IUI ialah untuk berusaha melahirkan
barisan usahawan Islam yang berjiwa besar dan bertakwa, berpengetahuan luas
dalam bidang perniagaan, waraq dan sanggup berkorban bagi memperjuangkan jihad
ekonomi Islam demi menegakkan agama Allah.
Kami di IUI mendokong jihad ekonomi Islam
dengan menjadikan sunnah Nabi sebagai model perniagaan, bukan sahaja untuk
menjadikan perniagaan sebagai satu kerjaya tetapi juga bagi memenuhi tuntutan fardhu
kifayah demi memenuhi keperluan umat Islam.
Kami membina satu model perniagaan
berdasarkan sunnah Nabi yang kami panggil Model Ukhwah bagi melahirkan barisan
ushawan yang tawaduq, berjiwa Islam dan berjiwa besar untuk membangunkan ekonomi
Islam serta menyumbang kembali kepada kemajuan Islam demi mengejar keridhaan
Allah SWT.
FALSAFAH
KAMI
Melahirkan barisan usahawan Islam yang waraq
dan berjiwa besar mengikut sunnah Nabi dengan menjadikan perniagaan sebagai
satu kerjaya bagi mengangkat ekonomi umat Islam dan menyumbang kepada kemajuan syiar
Islam.
MOTO
Moto kami adalah ‘Ukhwah dan persaudaraan
Islam dalam perniagaan’.
MENGAJAK
Kami mengajak seluruh umat Islam menyokong usaha
kami dan bersama kami menjayakan perjuangan besar ini.
Kami mengajak saudara-saudara Islam kami
untuk bersama-sama kami membantu menjadikan perjuangan ini satu kenyataan
dengan menyertai program-program anjuran kami.
Kami memohon semoga Allah SWT memberkati usaha kita ini dan memberi balasan dan
ganjaran yang besar kepada kita di akhirat kelak. Amin
KESEDARAN
ISLAM
Sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957, Malaysia terus bergerak maju dan mencipta banyak kemajuan dalam
semua bidang termasuk dalam bidang pendidikan, kesihatan, sains dan teknologi,
sukan, perindustrian dan tidak
terkecuali dalam bidang ekonomi dan pembangunan.
Kita berbangga sejak mencapai kemerdekaan,
Malaysia terus mencatat kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam
bidang perniagaan, perdagangan dan perindustrian. Walaupun negara sering kali
berdepan cabaran ekoran krisis ekonomi global, namun dengan kestabilan politik,
keamanan dan kedudukan ekonomi yang mapan, Malaysia berjaya melalui cabaran itu
dengan berjaya.
Bagaimanapun, kemajuan yang dikecapi oleh
negara tidak diikuti dengan kemajuan yang dicapai oleh umat Islam di negara
ini, kerana masih ramai umat Islam terutama orang Melayu dan bumiputera
yang hidup dalam kemiskinan dan
ketinggalan dalam semua bidang termasuk pendidikan, perniagaan, perdagangan dan
perindustrian berbanding kaum lain.
Secara umumnya, umat Islam di negara ini
masih ketinggalan dalam bidang ekonomi dan perniagaan, perdagangan dan
perindustrian, lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan teknologi serta
penyelidikan dan pembangunan.
Keadaan ini bukan sahaja tidak baik demi
survival (kelangsungan) dan masa depan umat Islam di negara ini, tetapi juga
tidak bagus untuk negara, kerana jurang perbezaan ekonomi yang besar dan ketara
antara kaum di negara ini boleh mewujudkan perasaan tidak puas hati antara
kaum, seterusnya boleh mengugat keamanan negara.
Sejarah telah membuktikan apabila tragedi 13
Mei 1969 yang mengorbankan banyak nyawa, berlaku berpunca daripada perasaan
tidak puas hati antara kaum ekoran wujud jurang perbezaan ekonomi yang besar antara
kaum ketika itu dengan orang Melayu dan kaum bumiputera ketinggalan begitu jauh
dalam bidang ekonomi berbanding kaum Cina dan kaum-kaum lain.
Lantaran itu, kerajaan ketika itu
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memperbaiki keadaan tersebut dengan
melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan ekonomi orang Melayu dan
bumiputera dan menarik penyertaan mereka dalam bidang ekonomi terutama
perniagaan, perdagangan dan perindustrian.
Sehubungan itu, kerajaan telah menubuhkan MARA
dan agensi-agensi berkaitan yang lain dan menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan
bumiputera untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan, perdagangan dan
perindustrian serta membuka Institut Teknologi Mara (ITM) bagi menyediakan
tempat untuk bumiputera melanjutkan pelajaran bertujuan melahirkan lebih ramai
golongan profesional Melayu dan bumiputera.
Selepas itu, banyak lagi usaha yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan bumiputera
di negara ini, termasuk menyediakan pinjaman dan membuka lebih banyak pusat
latihan bagi melahirkan lebih ramai golongan bumiputera yang mempunyai
kemahiran bagi mempersiapkan mereka dengan ilmu untuk membolehkan mereka
meningkatkan taraf hidup dan menceburi bidang perniagaan, perdagangan dan perindustrian.
Namun, usaha itu masih tidak mencukupi dan
orang Melayu dan bumiputera masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi
berbanding kaum-kaum lain terutama kaum Cina di negara ini.
Jika dikaji perangkaan dan bancian yang
dikeluarkan oleh/// pemilikan orang Melayu dan bumiputera
Bumiputera Kaum
Lain
1.
Harta/Aset
2.
Bangunan
kediaman
3.
Kedai
4.
Perniagaan
5.
Ekonomi
6.
Teknologi
7.
Kilang
8.
Ekuiti
Usaha memperbaiki jurang perbezaan ekonomi
antara kaum itu tidak seharusnya diletakkan kepada bahu kerajaan semata-mata,
maka IUI dan banyak lagi institusi dan organisasi lain yang seumpamanya tampil
menyediakan ruang dan peluang bagi melahirkan lebih ramai orang Melayu dan
bumiputera serta umat Islam yang berdaya maju dan berdaya saing untuk menceburi
dunia perniagaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka bagi memastikan kedudukan
ekonomi orang Islam dan umat Islam di negara ini terus mantap.
Kemunculan institusi dan organisasi seumpama
ini amat tepat pada masanya dan amat dialu-alukan bagi memberi pilihan kepada
umat Islam untuk memilih tempat yang sesuai untuk mereka menimba ilmu
pengetahuan tentang selok-belok perniagaan mengikut pilihan dan kemampuan
mereka.
Usaha murni ini amat disanjung tinggi dan
pihak kerajaan seharusnya memberi sokongan dan bantuan kepada
institusi-institusi ini bagi membolehkabn mereka meneruskan usaha murni mereka
membantu membangunkan orang Melayu dan bumiputera serta umat Islam dalam dunia
perniagaan.
SURVIVAL
UMAT ISLAM
Umat Islam di negara ini perlu menyahut
seruan bagi bersama-sama membangunkan ekonomi ummah dengan menyertai bidang
perniagaan, perdagangan dan perindustrian demi survival (kelangsungan hidup)
bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.
Kedudukan ekonomi umat Islam yang mantap amat
diperlukan bagi memastikan umat Islam di negara ini dapat hidup bermaruah,
berdikari dan sekali gus mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini. Begitulah
sebaliknya, sekiranya ekonomi umat Islam di negara ini lemah dan mereka hidup
miskin dan melarat, mereka pasti akan dihina dan sekali gus akan melemahkan
kedudukan Islam di negara ini dan seterusnya boleh mengugat keamanan.
Dalam situasi ini, adalah menjadi
tanggungjawab seluruh umat Islam melaksanakan fardhu kifayah bagi
memperhebatkan penyertaan umat Islam dalam dunia perniagaan, perdagangan dan
perindustrian.
JADIKAN usaha ini satu jihad ekonomi yang
perlu disertai dan disokong oleh semua individu Islam, bukan sahaja daripada
segi moral, malahan daripada segi sokongan, penyertaan dan bantuan kewangan.
Usaha ini bukan sahaja perlu dijalankan
secara berterusan dan dengan penuh keinsafan, untuk menarik lebih ramai umat
Islam menyertai bidang perniagaan tetapi juga membantu mereka memperluaskan dan
meningkatkan kemampuan mereka untuk menceburi bidang perniagaan yang lebih
besar dan bertaraf dunia.
Bagi mencapai matlamat itu, setiap umat Islam harus berkerjasama bagi menjayakan usaha itu dengan memberi penekanan kepada tujuh inisiatif berikut:
1.
Ada
institusi
Selain institusi yang ditubuhkan oleh
kerajaan, umat Islam juga perlu menyediakan kemudahan pusat latihan yang sesuai
dalam semua bidang perniagaan bagi keperluan umat Islam untuk mengikuti kursus
dan latihan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan bimbingan dalam bidang
perniagaan.
2.
Ada
umat Islam yang berminat
Umat islam perlu mempunyai kesedaran yang
tinggi untuk menyertai bidang perniagaan tanpa perlu menunggu orang lain untuk menyahut fardhu
kifayah dan jihad ekonomi bagi membantu mengukuhkan ekonomi umat Islam.
Umat Islam bukan sahaja perlu ada kesedaran
tetapi sudah bersedia untuk menceburi dunia perniagaan bukan sahaja menyertai
bidang-bidang perniagaan konvensional tetapi menerokai bidang perniagaan yang
baharu serta melibatkan diri dalam perdagangan dan perindustrian serta bidang
import dan eskport serta bidang-bidang yang lebih mencabar, kreatif dan
menggunakan sains dan teknologi serta memerlukan penyelidikan dan pembangunan
termasuk dalam industri IT.
Ini penting bagi memastikan umat Islam mampu
bersaing dengan kaum-kaum lain dan mampu menyediakan perkhidmatan dan perniagaan
yang mencakupi semua aspek kehidupan bagi keperluan umat Islam.
Hanya dengan cara ini, ekonomi umat Islam
akan menjadi kuat, umat Islam mampu berdikari dan umat Islam dihormati oleh
kaum-kaum lain.
3.
Ada
ilmu
Kesedaran tidak mencukupi, umat Islam perlu
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang selok-belok perniagaan bagi
membolehkan mereka menceburi bidang perniagaan dengan lebih bersedia dan
berjaya.
Jangan berhenti menimba dan mencari ilmu
pengetahuan tentang perniagaan. Gunakan segala peluang yang ada, belajar
daripada mereka yang berpengalaman dalam perniagaan, ikuti kursus dan latihan
di mana-mana sahaja untuk mendapatkan ilmu perniagaan yang dikehendaki. Jangan
kedekut untuk berbelanja sedikit bagi mendapatkan ilmu tentang sesuatu perniagaan.
4.
Ada
rangkaian
Peniaga-peniaga Islam juga perlu membina
rangkaian atau networking bagi memastikan mereka terus bersaing dan mampu
bertahan dalam industri. Networking perlukan kerjasama daripada peniaga-peniaga
Islam yang lain. Tidak ada perniagaan akan dapat bertahan lama tanpa networking
dan business base.
Peniaga Cina berjaya dan mampu bertahan
kerana mereka mempunyai networking dan business base yang besar dan kuat.
Mereka juga mempunyai kerjasama yang kuat untuk membantu satu sama lain dalam
bidang perniagaan.
Peniaga Islam perlu mencontohi sikap dan
semangat peniaga Cina yang suka tolong menolong, bekerjasama dan bersatu dalam
membangunkan perniagaan mereka.
Mereka bersatu membina rantaian kerjasama
dalam setiap jenis perniagaan darpadai usaha sekecil-kecilnya sehingga
sebesar-besarnya sehingga menjadi satu networking yang kukuh yang seterusnya
melindungi kedudukan mereka dalam perniagaan itu, dan sekali gus membolehkan
mereka yang berada dalam rangkaian itu turut mencatat keuntungan.
Sikap tamak dan sombong harus dikikis
daripada diri peniaga Islam, dan sifat buruk itu sebaliknya harus digantikan
denghan sikap suka tolong menolong dan bekerjasama antara satu sama lain untuk
membina networking perniagaan Islam, yang akhirnya akan membantu kemajuan
perniaga-peniaga Islam.
5.
Ada
sokongan (membentuk pasaran)
Kemajuan
sesuatu usaha dan perniagaan itu memerlukan sokongan daripada masyarakat Islam.
Masyarakat Islam perlu mempunyai kesedaran dan keinsafan untuk membantu
perniagaan umat Islam dengan menjadi pelanggan yang setia untuk membeli
barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga Islam.
Tanpa
sokongan masyarakat Islam, peniaga-peniaga Islam sukar untuk mengembangkan
perniagaan dan pasaran mereka, begitulah sebaliknya dengan sokongan daripada
masyarakat Islam, peniaga-peniaga islam dapat mengumpul modal dan mengembangkan
lagi perniagaan mereka.
Sokongan
masyarakat Islam juga, sekali gus akan dapat membantu membentuk pasaran
tersendiri untuk perniagaan Islam.
6.
Ada
perkembangan
Peniaga
Islam juga harus mempunyai wawasan untuk mengembangkan dan memperluaskan perniagaan mereka, sebagai contoh membuka
lebih banyak cawangan daripada sebuah cawangan menjadi dua, tiga dan seterusnya
atau meningkatkan keupayaan mereka daripada membuka kedia runcit kepada usaha
membuka kilang memproses makanan, atau daripada bidang perdagangan berkembang
kepada perniagaan import dan eskport.
Usaha
memperluaskan perniagaan tidak seharusnya berhenti kerana ia satu jihad
ekonomi, dan jihad ekonomi merupakan
satu ibadah dan tidak seharusnya berhenti separuh jalan, sebaliknya berterusan
sehingga ke akhir hayat.
7.
Ada
pengabdian
Peniaga-peniaga Islam yang berjaya pula harus
bersyukur dan kesyukuran itu boleh diterjemahkan melalui pembayaran zakat
peniagaan, membuat amal dan kebajikan bagi membantu umat Islam lain yang
memerlukan dan bersedekah serta infak harta dan rezeki yang dikuriniakan oleh
Allah SWT kemabli di jalan Allah.
Mudah-mudahan dengan bersyukur itu nanti,
Allah menggandakan lagi rezeki dan kejayaan peniaga-peniaga Islam dalam bidang
perniagaan yang mereka ceburi dan membuka peluang pekerjaan kepada umat Islam.
INSTITUT USAHAWAN ISLAM (IUI)
Reviewed by kimy
on
July 10, 2017
Rating: